Monday, July 18, 2011

kiTa mamPu LihaT dan mendEngar

...بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم-

•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•


sebenarnya tinta kali nie buatkan tetiba jer jemari saya nak menulis
mungkin blog ini sekadar mencoret luahan rasa dalam realiti hidup sebenar
semakin lama saya hidup atas bumi yang sementara nie rasanya makin jahil dan makin lemah
semakin rasa ingin mencari kekuatan di situlah saya jumpa jalan buntu
yang akhirnya buat diri saya kusut dan bingung sendiri

benarlah kita tak mampu menangani sesetengah masalah itu dengan hanya bersendirian
kadangkala memerlukan teman untuk dijadikan ruang luahan
walaupun dalam erti hakikat sebenarnya tidak ketemu jalan yang merungkaikan kekusutan
namun, sekurang-kurangnya kita mampu meleraikan bebanan diri
benar dalam hidup kita tidak akan mampu hidup bersendirian
namun, bukan bermakna kita meletakkan pengharapan kepada manusia semata-mata
kita harus kembali kepada yang hak, ALLAH SWT
meletakkan pengharapan kepada NYA adalah yang terbaik
dalam masa yang sama diiringi dengan usaha dan ketabahan beserta doa saban masa
bukan hanya pasrah dan redha semata-mata
hingga kita lupa untuk maju dan bangkit berusaha


dalam meluahkan bebanan kita sama-samalah kta membina dengan menasihati
tidak semua mampu melakukannya dan tidak semua yang mampu menerima
namun, bagi saya andai sesiapa ingin menegur saya dengan tangan terbuka menerima pandangan kalian dan sama sekali akan mencuba menjadi yang lebih baik
bukan ingin menjadi yang terbaik
tapi mnejadi yang baik
kerana tauladan yang terbaik adalah NABI MUHAMMAD SAW

saya juga mula menyedari bahawa betapa lemahnya diri
bahawa diri hanya mampu melihat dan mendengar
namun, bibir dan tangan kaku dari melakukan amar makruf nahi mungkar
lantaran apa...??
kerana lemahnya ILMU AGAMA dan keberanian KHALIFATULLAH dalam diri
lalu diri hanya mampu memilih sekadar HATI sahaja
selemah-lemah metodologi penyelesaian
hanya DOA yang mampu ku panjatkan kepada mereka
serta diri ku sendiri yang serba hina



IMAN bukanlah sesuatu yang diwarisi
tetapi yang perlu dicari
lalu, apa khabar IMAN kita hari ini?
sihatkah IMAN kita ini...?
tiada sebarang alat yang wujud dalam dunia mega maya untuk mengukur tahap kesihatan IMAN ini dan yang ada hanyalah diri kita sendiri
hanya kita yang mengetahui adakah IMAN kita sihat atau tidak.
benar dan saya akui, ramai yang bergelar ISLAM dan tidak semestinya bergelar berIMAN
walhal diri saya sendiri
selemah-lemah manusia dan mencari jalan memperbaik pulih yang lompong

sayang saya melihat gaya dunia
kemajuan maya dan kecanggihan rangkaian yang wujud memesongkan jiwa dan tingkah laku jiwa muda
memenuhkan dada internet dengan gambar serta video yang sama sekali jelas mendedahkan aurat sebagai tayangan umum sedangkan mengetahui HARAM HALAL
jika kita masih teguh mencari makanan HALAL untuk menjadi santapan diri
sayang rasanya jika kita lupa untuk menutup perkara HARAM yang dipertontonkan
makanan sememangnya menjadi darah daging
namun, jika perkara yang lebih besar kita boleh remehkan
tak mustahil saya nyatakan bahawa perkara kecil yang dititikberatkan tak mungkin membuahkan hasil
lalu fikir-fikirkanlah.....
KITA TAK SEHARUSNYA MENYOKONG


~ saya hanya insan lemah yang hanya memerhati dan meneliti dan mengambil iktibar buat pedoman diri. jika coretan menyinggung perasaan saya minta maaf. jika ada khilaf dan terkasar bahasa dalam karya ini, mohon dimaafkan ~


No comments: